
...Assalamualaikum...
Kehadapan seorang sahabat yang belum tentu aku leh panggil hang sahabat..
Aku paham kau sudah menyepi dari ku,
aku hormati jika kau punyai apa2 sebab sekali pown..
aku tulis entri ini bukan untuk mengadu mengenai itu,
aku ingin mengatakan kepadamu mengenai suatu perkara yang kau pernah kata padaku.
Walaupun ianya mungkin hanyalah sepotong ayat yang mungkin spontan sahaja keluar dari mulut mu,
namun kesan ayat itu sangat mendalam dalam diri aku.
masihkah kau ingat pada sepotong ayat yang aku nyatakan dalam sms ku padamu?
dan kau pown menjawab,
kau akan pegang ayat aku itu.
masihkah kau ingat lagi?
Selepas kau nyatakan sebegitu, aku mulai dibayangi bayang2 yang amat tidak menyenangi ku..
namun setelah lama waktu berlalu, aku teringat kembali ayat itu yang engkau pegang,
dan ia seperti memberi kekuatan kepada diriku,
untuk melawan hawa nafsu ku dan syaitan yang menggoda.
Aku amat berterima kasih kepadamu..
Terima kasih
sahabat
P.S: Kepada 'kau' yang aku nyatakan dalam entri ini, jika kau membaca blog ini, aku berharap agar engkau jangan marah ye.. saya hanya meluahkan apa yang aku rasa sahaja...dalam ramai2 kawan kau sahabat kedua aku yang sentiasa mengingatkan aku kepada Allah,, aku harap kau kekalkanlah dirimu sebegitu.. Moga Allah lindungi kamu didunia dan juga diakhirat,,
..Assalamualaikum..




