February 05, 2013

Kejayaan milik semua orang

..Assalamualaikum..


haa, hari ni nak cakap pasal kejayaan,
sebenarnya ada lah seorang insan ini yang telah berkata bahawa dia hanya dari sekolah vokasional,
Menurut si dia, 
antara pelajar sekolah teknik dan sekolah vokasional, sekolah teknik lebih pandai.
Haha saya tergelak dengar statement itu.
Teringat pulak dulu saya pernah buat perbezaan antara pelajar teknik dan sekolah kebangsaan.
Sebenarnya,
kalau nak dilihat...kita semua adalah sama sahaja walau dimana kita belajar..
OK, menurut pandangan masyarakat, 
pelajar MRSM dan pelajar SBP adalah yang paling pandai dan sering disanjung tinggi. 
Namun terbalik pula dengan sekolah teknik dan vokasional.
Mereka mmg sudah set di minda mereka bahawa pelajar teknik dan vokasional adalah yang terendah sekali.
Pelajar kebangsaan pula adalah biasa2 sahaja.

Pada pendapat saya ( maaf bagi yang terasa),
Pelajar2 semua sama sahaja,
yang membezakan kita adalah usaha kita dan kemahiran yang terdapat dalam diri kita.. 
cuba buka mata dan lihat dengan lebih teliti,
pelajar MRSM dan SBP,
kemahiran mereka more to penghafalan dan mereka tergolong antara orang2 yang rajin.. 
mereka punyai kemahiran untuk memahami dengan pantas dan kemahiran untuk menghafal, 
lihalah pada subjek yang mereka belajar, 
semua melibatkan penghafalan.

Lihat pula pada pelajar Teknik dan Vokasional,
Kami ni mempunyai kemahiran amali dan menghafal,
tetapi kemahiran kami dilebihkan kepada amali..
kalau nak dikatakan rajin,
subjek yang kami belajar lebih kurang sama sahaja dengan pelajar biasa,
yang membezakan adalah kemahiran kami dalam melakukan sesuatu amali,
sebagai contoh kemahiran untuk menggerudi dan menggergaji.
Tidak semua orang pandai untuk melakukan kerja tersebut walaupun telah belajar lama pown,

aiyo panjang nye text ( kawan dah sound dah hehe),
sbenarnya nak cakap ini je, 
walaupun kita belajar dimana mana pown, 
kejayaan kita adalah atas hasil usaha kita,
pelajar yang tercorot pown boleh berjaya.
apatah lagi kita ni.. 
Budak MRSM dan SBP pown belum tentu akan berjaya.. 

Apa2 pown kita kembalikanlah diri kita kepada Allah.. 
Kejayaan itu semua asal daripada Allah s.w.t,
so budak2 voka dan teknik jangan rendah kan diri,
banggalah skit kita ni ada kemahiran yang mereka budak2 MRSm dan SBP tak ada.. 
hehe jangan terasa ye budak MRSM dan SBP.

ini pendapat saya je ye. 
don't judge.
kalau salah tolong tegur yer.. 
sekian harap maklum .

No comments:

Post a Comment