..Bismillahirrahmanirrahim..
Semasa masih di sekolah lagi, kanak2 akan didedahkan dengan pelbagai kerjaya yang wujud, seterusnya menggalakkan mereka memilih yang mana berkenaan. Biasanya kerjaya profesional yang menjadi rebutan; doktor, peguam,guru, jurutera, dan sebagainya.
Kerjaya inilah yang dikatakan mampu mencipta semangat menuntut ilmu agar kelak mampu mencapai kerjaya idaman itu. Tidak kurang juga, kerjaya tersebut dipilh berdasarkan kemampuannya memberikan kehidupan yang lebih selesa dan mewah.
Kerjaya idaman selalunya indah. Biasalah, memilih lebih mudah berbanding merealisasikannya. Namun bagaimana memilih kerjaya idaman?
- Memberi vs Menerima
Ramai yang memilih kerjaya berdasarkan pulangan yang bakal diperoleh daripada kerjaya tersebut, tidak kiralah sama ada kemewahan, pangkat ataupun nama. Pemilihan karier yang sebenar bukanlah pada apa yang kita bakal dapat, namun pada apa yang bakal kita sumbangkan..
Minda yang memilih kerjaya kerana ingin memberi manfaat kepada ummah akan mampu menjadi pekerja cemerlang. Ketika itu, apa2 jua kerjaya yang dipilih akan memberikan keseronokan bekerja kepadanya.
2. Minat dan Serasi
Setiap manusia lahir dengan bakat dan kemahiran yang berbeza. Ini akan menentukan keserasian jiwa dengan kerjya pilihan. Minat juga kadangkala lahir bersama bakat dan kemahiran tersebut. Minat boleh dijadikan penentu pemilihan kerjaya.
Ada orang yang suka bekerja dengan dikelilingi manusia seperti guru , doktor, pegawai perhubungan awam, dan sebagainya. Ada juga yang lebih senang bekerja dengan mesin seperti programmer atau jurutera..
3. Kedudukan dan Penerimaan Masyarakat
Pilihlah kerjaya yang banyak memberi manfaat kpda masyarakat dan ummah terutamanya. Kerjaya seperti guru biasanya dipandang tinggi oleh masyarakat walaupun mungkin hanya mampu menyumbang dalam yang kelompok kecil sahaja.
4. Kekosongan dan Keperluan
Masih banyak kerjaya yang lompang dan ada kekosongan. Ddemi kemaslahatan ummah, pemilihan kerjaya boleh dibuat berdasarkan keperluan mendesak masyarakat terhadap perkhidmatan tersebut. Minat boleh disemai kemudian. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Apa pun, pilih karier dengan hati. Jangan hanya memilih mengikut jalan pintas atau ikut-ikutan shaja. Kenali diri sebelum membuat plihan yang tepat kerana kita mungkin akan menghabiskan baki hidup kita untuk kerjaya pilihan itu.
Diambil daripada majalah Gen-Q Isu no. 16
Marilah kita berkongsi ilmu walaupun sepatah perkataan.. :)
Terima kasih kerana membaca ;)