December 07, 2012

Sedekah Paling Baik

..Assalamualaikum..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sedekah yang paling baik adalah seorang Muslim yang belajar kemudian mengajarkannya kepada Muslim yang lain."( Riwayat Ibn Majah)

Kepada remaja, alangkah beruntungnya masih belajar. Kelebihan penuntut ilmu itu banyak. Tambahkan sedikit sahaja lagi iaitu mengajarkannya kepada orang lain, maka ia akan menjadi sedekah yang lebih baik. Bagaimana berkongsi ilmu dengan orang lain sedangkan diri sendiri masih lagi menuntut ilmu? 

Ada Caranya...:
  1. Tahu satu ilmu, sampaikan satu ilmu. Kemudian cari lagi.
  2. Ceritakan kedapa ibu atau ayah apa yang dipelajari.
  3. Membantu adik2 menelaah dan menyiapkan kerja sekolah.
  4. Membantu rakan2 yang tidak memahami sesuatu mata pelajaran.



P.S : Artikel ini diambil dari Majalah Gen-Q isu no.16...
There's more to come :)

..Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment