July 08, 2014

Pengislahan diri.

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum and hello

Pernah tak korang terfikir nak berubah? Pengislahan diri?
Kalau pernah... alhamdulillah..
Aku pown ada juga lah ingin berubah.. ku fikir senang.

jauhi yang dilarang
Buang lagu2 tak bermanfaat
Jaga pandangan mata dari membaca atau melihat gambar2 yang tak bermanfaat..
Tukar attitude
tinggalkan gaya hidup yang bebas pergaulannya..
tukar penampilan...

Hakikatnya, wahai rakan2 seperjuangan ku..
Itu semua memerlukan kudrat yang sangat sangat sangatlah BESAR!!
tak terkira berapa kali aku telah jatuh semula ke lembah kejahilan..
Entah berapa kali aku bangkit semula fikir ingin berubah tapi tetap kalah dengan nafsu dan godaan syaitan..
Aku takut.. Aku masih takut..
Takut nak tinggalkan segala2 yg telah lama melekat dalam diri.. takut aku kehilangan kawan.
Aku takut sangat2...
Dan itulah kesilapan yang telah aku buat.
Iaitu, takut kepada hal duniawi. Nampak sangat hati aku ni, masih jauh dengan Allah...Istighfar lah wahai hati..

Sekarang aku terfikir.. kalau aku tulis semua perjalanan aku untuk mengislahkan diri dalam blog, dan orang membaca nya..
Apakah hukum nya? Apakah ini menandakan aku riak? aku ingin dipuji? Harap tak lah.. Saya hanya ingin berkongsi bersama2 rakan2 diluar sana yang ingin berubah juga..

Satu perkara yang saya belajar dari kegagalan yang lalu,
Setiap orang cara berubah nya berlainan..
Kita semua mempuanyai background yang sangat lah berbeza...
Maka wajarlah kita terima nasihat orang tetapi kita harus juga sesuaikan ilmu yang kita ada tu dengan kehidupan kita..
Mana tahu, cara orang lain itu kekadang tak boleh masuk dengan hidup kita, surrounding kita..

Mana tahuu....




No comments:

Post a Comment