May 16, 2014

Sahabat

Uhibukafillah.
Aku cinta kau kerana Allah.

Sebuah cerpen yang ditulis oleh Hilal Asyraf dalam koleksi cerpen terbarunya yang berjudul "Simfoni Cinta".
Air mata hampir berguguran tika ku baca disaat mana dua karakter dalam cerpen itu punyai masalah salah seorangnya dan seorang lagi sanggup gadaikan wang ringgit yang beribu demi sahabat dia.

Ya Allah. Indahnya persahabatan mereka.
Aku terfikir...Mereka adalah sahabat dari sekolah menengah, malah mereka juga tidak sebaya. Namun persahabatan mereka yang dibina atas nama Allah dan berdasarkan konsep Islam yang telah merapatkan lagi hubungan mereka.
Andai kata. Sahabat aku yang dua orang itu, aku masih ragu2 dengan persahabatan mereka terhadapku...Bolehkah ianya dipanggil sebagai persahabatan?
Apa itu erti sebenar persahabatan? Adakah aku perlu jadi sahabat yang baik jika aku mahukan seorang sahabat yang baik juga? Sedangkan aku sendiri tidak tahu bagaimana seorang sahabat yang baik itu...

Seorang senior aku, dia telah hantar satu post didalam Instagram. Menurut post itu, dia kata ramai yang menuduh bahawa ahli usrah dan para soleh dan solehah berlagak konon katakan "Aku sayang kau kerana Allah". Yang ramai itu menuduh ahli2 ini hidup dalam angan-angan dan fantasi yang direka-reka sendiri bagi mengelak dari kesusahan dunia yang tegar ini. Namun, senior aku melawan semula dengan mengatakan dia setuju dengan tuduhan mereka. Dia juga kata, dia memang hidup dalam fantasi yang direka semata-mata, malah dunia ini juga sebenarnya adalah fantasi juga. Realiti kita adalah Akhirat kelak. Dimana segala-galanya adalah benar dan disitulah dimana segala rahsia akan terbongkar termasuklah tipuan dunia. Dunia itu hanya lah hidupan sebentar dan fantasi sahaja.

Aku agak sentap tika membaca perkara itu. Ya. Aku setuju dengan pendirian dia. Bersahabat biarlah kerana Allah. Barulah kita akan tahu yang mana realiti dan yang mana fantasi. Bila kita bersahabat kerana Allah, sahabat kita akan sentiasa ingatkan kesilapan kita tanpa ragu dan dia akan sentiasa tarik kita ke jalan Allah. Mana tahu, dengan itu kita akan juga terselamat dari tipuan dunia dan syaitan yang tak lekang menghasut kita.

Namun, untuk mencari persahabatan sebegini...ia agak susah. Aku pun masih tercari-cari. Semoga kita dapat ketemu dengan persahabatan yang berlandaskan Islam pada suatu hari nanti. Putus asa is not an option. Dengan usaha gigih, suatu hari nanti, kita bakal temuinya.

Chaiyook!!

~Cherish your life~
A.Q.


No comments:

Post a Comment