.Assalamualaikum.
Haih.. Aku mengeluh ada sebab yer.. Aku tak tahan lah nak kata apa dah.. yelah kan aku ni saper lah nak marah2 ngan orang. Aku tak layak.. Aku nak tegur orang buat salah pown aku tak layak kan. Maybe I should just mind my own business. Seperti remaja biasa, aku juga ada keinginan tuk kapel. Normallah tu kan? Tapi aku juga kene ingat bahawa kapel itu HARAM di sisi Islam.. Mengapa? Sebab kapel itu boleh mendorong kita untuk perkara zina. Bagaimana pula? Yes walaupun ada yang kata diorang kapel tak de lah sampai wat zina yang terlarang tu..Cth: buat hubungan intim. Rakan2, zina itu bukan sahaja dengan 'buat' perkara itu, tetapi zina boleh hadir dengan pelabagai cara. Zina hati, zina mata, zina pendengaran/telinga, zina kaki, zina tangan dan zina mulut. Segala ini boleh hadir tika kita sedang berkapel tanpa disedari oleh diri kita sendiri.. Contoh seperti zina hati...Normalnya org yg berkapel ini akan sentiasa teringat2kan si dia kan? Yes ada juga anda menjwab anda juga memikirkan Allah s.w.t.. Kita sebagai umat Islam mestilah sentiasa mengingati Allah s.w.t... tapi orang yang berkapel mmg akan kerap juga memikirkan tentang si dia...Anda mesti akan terfikirkan akan si dia juga kan? Walaupun hanya sekilas tetapi bila kita fikirkan tentang orang yang tidak sah untuk kita dengan timbul bayangan si dia... tentu ada rasa sayang juga kan? Walaupun sekelumit...itu boleh dikira zina hati.. Kita harus lah berpegang pada hukum yang telah Allah tetapkan dalam Al-Quran iaitu jauhi zina. Sudah terbukti tentang perkara itu, kenapa kita nak menipu diri sendiri lagi? Kapel itu salah satu jalan mendekati zina jadi mengapa ingin dipertikai kan lagi? Mengapa kita tak nak tunggu sehingga kita sudah sah diikat dengan pernikahan yang sah dan menagih kasih dengan suami yang sah untuk kita? Dengan itu fikir2kan lah..
P.S------> Saya ingin meminta maaf jikalau ada yang tidak puas hati atau saya ada tersalah informasi tentang perkara ini.. tetapi inilah apa yang telah saya pelajari maka ini lah yang saya ingin berkongsi bersama anda.. Maaf jika perkara ini saya tulis dalam bahasa Melayu kerana saya tidak tahu bagaimana ingin gunakan bahasa English tentang perkara ini.. Saya harap anda boleh terima perkara ini dengan seadanya.. Jika ada yang salah atau tersilap harap anda boleh tegur yer.. Kerana sesungguhnya yang baik itu sumer nyer datang dari Allah, dan yang buruk itu merupakan kelemahan saya sendiri.. Saya tidak memaksa anda untuk tidak berkapel.. tetapi fikir2kanlah yer.. sekian, terima kasih kerana sudi membaca..
.Assalamualaikum.
Ingat untuk jaga diri dan jaga iman..
remember to take care of yourself and keep your faith.( Iman )